Adakah Anda Layak Mengundi?

Panduan Pengundi

1. Sebelum Hari Pengundian

Adakah Anda Layak Mengundi?

Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih.

Semak status pendaftaran pemilih anda:

https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

Semak Pusat Mengundi Anda

Sebelum hari mengundi, semak lokasi tempat mengundi anda.

Pemilih boleh menyemak maklumat pengundian melalui saluran berikut:

Maklumat yang boleh disemak termasuk:

  • Status pendaftaran pemilih
  • Kawasan pilihan raya
  • Daerah mengundi
  • Lokasi pusat mengundi
  • Saluran mengundi

2. Pada Hari Mengundi

Dokumen Yang Diterima Untuk Mengundi

Bawa salah satu dokumen pengenalan diri berikut:

  • MyKad (Kad Pengenalan)
  • Lesen Memandu
  • Pasport Malaysia
  • Dokumen Pengenalan Sementara
  • Surat Laporan Kehilangan Kad Pengenalan

3. Cara Mengundi: Panduan Ringkas

Sebelum Memasuki Tempat Mengundi
  • Bawa dokumen pengenalan diri yang sah.
  • Jangan memakai pakaian, aksesori atau sebarang barangan yang memaparkan logo parti politik atau bahan kempen.
  • Pastikan kuku jari anda bebas daripada sebarang bahan yang boleh mengganggu proses penggunaan dakwat kekal.
Di Tempat Mengundi
  • Tunjukkan dokumen pengenalan diri anda kepada petugas pilihan raya.
  • Pastikan kertas undi yang diterima mempunyai cop rasmi dan nombor siri.
  • Jika kertas undi rosak atau telah ditandakan, segera maklumkan kepada petugas SPR dan minta kertas undi gantian
Membuang Undi
  • Tandakan simbol “X” di dalam petak di sebelah nama calon pilihan anda.
  • Jangan membuat sebarang tanda lain atau menulis apa-apa pada kertas undi kerana ia boleh menyebabkan undi anda ditolak.
  • Lipat kertas undi mengikut arahan dan masukkan ke dalam peti undi.
Peringatan Penting
  • Telefon bimbit dan aktiviti mengambil gambar adalah dilarang di dalam kawasan pengundian.
  • Jangan membawa masuk atau mengeluarkan kertas undi dari tempat mengundi.
  • Tinggalkan tempat mengundi sebaik sahaja selesai mengundi dan elakkan daripada berkumpul atau berada di kawasan sekitar tempat mengundi tanpa tujuan.